Tifia Lucky Draw

Berdagang dengan Tifia sentiasa
menguntungkan dan penuh dengan kejutan!

Toyota
Yaris

2

Yamaha
NMAX

2

Apple
Iphone XS

Bagaimana anda boleh menang?

Deposit $ 500 atau lebih ke akaun anda sepanjang tempoh promosi

Dapatkan tiket bertuah untuk setiap deposit

Berdagang secara aktif dengan jumlah tidak kurang daripada 20 lot

Sertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah yang hebat

Berdaganglah dengan Tifia dan berpartisipasi dalam undian eksklusif bagi para trader di Indonesia untuk memenangkan hadiah yang luar biasa!

* Pendaftaran pertandingan tidak diperlukan. Semua pelanggan Tifia dari Malaysia, Brunei, Singapura dan Filipina dengan deposit melebihi $500 dalam tempoh promosi dari 15 April 2019 hingga 20 Disember 2019 layak menyertai. Anda mendapat tiket bertuah tambahan untuk setiap deposit. Semakin banyak jumlah tiket bertuah anda seterusnya meningkatkan peluang anda untuk memenangi hadiah.

Peserta promosi

Nombor tiket Nombor akaun Status Tiket Negara

Terma dan syarat Cabutan Bertuah Tifia

1. Peruntukan Am

  • 1.1. Penganjur dan penaja hadiah hadiah Cabutan Bertuah Tifia adalah Tifia Markets Limited.
  • 1.2. Hadiah promosi Cabutan Bertuah Tifia adalah:
    Pertama: Toyota Yaris
    Hadiah Kedua dan Ketiga: 2 buah motosikal Yamaha NMAX
    Hadiah Ke-4 dan Ke-5: 2 buah telifon pintar iPhone Xs
  • 1.3. Penganjur akan menyiarkan maklumat lengkap terkini tentang syarat dan peraturan promosi Cabutan Bertuah Tifia di laman web rasmi halaman pertandingan.
  • 1.4. Individu yang cukup umur mengikut undang-undang yang merupakan warganegara Malaysia, Brunei, Singapura dan Filipina, dan yang merupakan pelanggan Tifia Markets Limited, layak menyertai promosi tersebut.
  • 1.5. Tifia Markets Limited mempunyai hak untuk mengubah terma dan syarat ini atau membatalkan promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis khas.
  • 1.6. Tifia Markets Limited berhak menggunakan maklumat yang berkaitan dengan pemenang untuk tujuan promosi dan menyiarkannya dalam sebarang sumber. Pemenang promosi dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara promosi dan pemasaran yang diadakan oleh penganjur dan rakan-rakannya, seperti wawancara, laporan foto dan video dan siaran akhbar mengenai promosi.
  • 1.7. Dengan menyertai promosi, peserta sepenuhnya menerima syarat dan peraturannya.

2. Syarat-syarat Penyertaan

  • 2.1. Promosi Cabutan Bertuah Tifia diadakan dari 00:00:01 15 April 2019 hingga 23:59:59 20 Disember 2019 waktu pelayan (dipaparkan di terminal dagangan Tifia).
  • 2.2. Pendaftaran promosi adalah automatik, semua telah memenuhi syarat-syarat fasal 1.4 dan 2.3 layak menyertai.
  • 2.3. Peserta promosi adalah pelanggan yang membuat satu transaksi deposit ke akaun perdagangan START (MICRO) atau CLASSIC atau ECN PRO dengan Tifia sebanyak 500 USD (atau setaraf dengan mata wang lain) atau lebih sepanjang tempoh promosi.
  • 2.4. Setiap deposit peserta dalam jumlah $500 diberikan tiket bertuah dengan nombor unik. Jumlah tiket bertuah bagi setiap peserta adalah tidak terhad.
    Contoh:
    Pelanggan telah depositkan 3,000 USD ke akaun dagangan mereka dalam tempoh promosi, jadi mereka akan mendapat 6 tiket bertuah yang akan mengambil bahagian dalam cabutan hadiah selepas pengaktifan. Peluang pelanggan untuk mendapatkan hadiah adalah 6 kali lebih tinggi daripada peserta satu deposit sebanyak 500 USD.
  • 2.5. Hanya tiket bertuah yang aktif akan mengambil bahagian dalam cabutan hadiah akhir.
  • 2.6. Untuk mengaktifkan satu tiket bertuah, anda perlu melakukan perdagangan 50 lot pada akaun anda selepas membuat deposit sepanjang tempoh promosi.
    Contoh:
    Pelanggan telah depositkan 3,000 USD ke akaun dagangan dalam tempoh promosi, jadi mereka akan mendapat 6 tiket bertuah yang akan mengambil bahagian dalam cabutan hadiah selepas aktivasi. Selepas itu, mereka telah berdagang 106 lot pada akaun ini sebelum akhir promosi. Oleh itu, 5 tiket akan diaktifkan dan layak untuk mengambil bahagian dalam cabutan hadiah akhir.
  • 2.7. Status tiket bertuah disemak secara automatik oleh sistem sekali sehari.
  • 2.8. Lot yang dikehendaki untuk mengaktifkan tiket bertuah dikira mengikut syarat-syarat berikut:
    • 2.8.1. Saiz satu lot dagangan ialah 100,000 USD.
      * * Harap maklum bahawa untuk akaun START, satu lot perdagangan adalah 10 kali lebih besar daripada yang dinyatakan dalam spesifikasi standard mereka.
    • 2.8.2 Apabila mengira jumlah dagangan, hanya kumpulan-kumpulan instrumen Forex berikut yang diambil kira: Forex Major, Forex Crosses, Forex Minor.
    • 2.8.3 Apabila mengira volum dagangan, hanya jumlah dagangan yang diperdagangkan dengan dana sendiri diambil kira. Jumlah yang didagangkan dengan dana bonus tidak diambilkira apabila mengira.
    • 2.8.4 Apabila mengira volum dagangan, pesanan yang dipadam atau tertunda tidak diambil kira.
    • 2.8.5 Apabila mengira volum dagangan, posisi mengunci (locking) tidak diambil kira.
  • 2.9. 2.9 Peserta boleh menggunakan penasihat perdagangan dan strategi perdagangan tanpa sekatan. Syarat untuk akaun yang menyertai adalah sama seperti terma dan syarat "Perjanjian Pelanggan" dan "Terma-terma Perniagaan".

3. Peraturan Cabutan Hadiah

  • 3.1. Cabutan hadiah dalam cabutan bertuah akan diadakan di majlis makan malam gala, yang akan dianjurkan dalam tempoh 2 bulan selepas berakhirnya pertandingan. Semua peserta akan dijemput ke acara gala. Pemenang akan ditentukan seperti berikut:
    • 3.1.1. Semua tiket promosi yang diaktifkan akan diletakkan ke drum cabutan bertuah dan tiga daripadanya akan dikeluarkan mengikut urutan. Pemilik tiket-tiket ini akan menerima hadiah dari yang pertama ke yang ketiga.
    • 3.1.2. Setiap pemenang mempunyai hak untuk menerima hanya satu hadiah. Jika semasa undian, tiket bertuah peserta yang telah menerima hadiah terpilih, prosedur cabutan akan diulang semula.
    • 3.1.3. Jika pemenang tidak hadir di majlis makan malam gala, mereka akan dihubungi melalui telefon sejurus selepas cabutan tiket bertuah. Jika peserta ini tidak menjawab panggilan atau telefon mereka tidak tersedia, prosedur cabutan diulang semula.
  • 3.2. Hanya peserta yang disahkan sepenuhnya yang memenuhi syarat-syarat fasal 1.4, 2.3 dan 2.5 akan layak menyertai cabutan bertuah.
  • 3.3. Tarikh dan tempat cabutan akhir akan disampaikan kepada semua peserta sebulan lebih awal.
  • 3.4. Pegawai dan kakitangan Tifia, serta saudara-mara mereka tidak boleh menyertai promosi ini.
  • 3.5. Tifia mempunyai hak untuk meminta maklumat ID tambahan daripada peserta dan pemenang.
  • 3.6. Semua hadiah adalah objek yang ketara dan tidak boleh ditukar untuk barangan, perkhidmatan atau wang lain.
  • 3.7. Tifia tidak menyediakan sokongan teknikal dan insurans untuk hadiah dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang isu yang berkaitan dengan keadaan hadiah atau pengangkutannya.
  • 3.8. Tifia tidak bertanggungjawab untuk pembayaran cukai / bayaran untuk mendaftarkan kereta dan motosikal, serta kos persekitaran.
  • 3.9. Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan seorang peserta dari cabutan hadiah tanpa penjelasan. Sebabnya mungkin termasuk pelanggaran berikut:
    • - pelanggaran terhadap syarat-syarat promosi ini atau mana-mana peruntukan utama dokumen peraturan syarikat;
    • - kecurigaan aktiviti penipuan dengan matlamat untuk memenangi hadiah;
    • - kecurigaan pendaftaran beberapa profil pelanggan oleh seorang individu;
    • - data peribadi yang salah ditunjukkan dalam profil pelanggan dan / atau ketiadaan pengesahan penuh profil;
    • - kegunaan kegagalan dalam aliran sebut harga untuk mendapatkan keuntungan yang dijamin;
    • - tiada aktiviti perdagangan pada akaun peserta selama 30 hari sepanjang tempoh promosi.

Amaran Risiko. Trading ke atas pasaran kewangan membawa risiko. Contracts for Difference (‘CFDs’) adalah produk-produk kewangan kompleks yang didagangkan ke atas margin. Trading CFDs membawa suatu risiko tinggi dimana leverage berkesan kepada kelebihan dan keburukan anda. Sebagai suatu keputusan, CFDs tidak sesuai untuk semua investor kerana anda boleh rugi semua wang pelaburan. Anda seharusnya tidak merisikokan melebihi apa yang anda sanggup untuk rugi. Sebelum memutuskan untuk trade, anda perlu memastikan bahawa anda faham risiko-risiko yang memberi kesan ke atas objektif akaun invesment anda dan tahap pengalaman. Klik sini untuk Risiko Pendedahan (Risiko Pendedahan) penuh.

Servis syarikat kami tidak disediakan kepada warga (penduduk) United States of America, Canada, Israel, Belgium, Japan dan the Republic of Vanuatu dan warga dari mana-mana negara dimana sevis ini tidak disediakan.

Site mengandungi informasi asas yang berkaitan kepada syarikat-syarikat yang berikut:
- Tifia Markets Limited dilesenkan sebagai "Dealer in Securities" oleh "Ministry of Finance and Economic Management" dan dikawal berdasarkan Akta Securities Dealers (Licensing) [CAP.70] daripada Republic of Vanuatu. Lesen Utama ini membenarkan Tifia Markets Limited untuk mengendalikan perkhidmatan sebagai Broker/Dealer, termasuk (tetapi tidak terhad) berkaitan dengan matawang asing, Logam-logam bernilai, Komoditi, Pengururusan kewangan, Clearing, Primary Brokering dan aktiviti-aktiviti sah yang lain.